Hey peeps! You're in my site. Do Dashboard+Follow
The Dreamer❤

Silent Reader's
Owner Website Post Diary


©Copyrighted by Nur Husna ★
baca lah wahai kaum Adam :)
October 27, 2011︱2:07 AM︱0 Comments
pernah tak tgk gf kau orang merajuk sebab kau tak pernah post something kat wall dia padahal kat wall perempuan lain macam macam kau dok post?

pernah tak tgk gf kau orang merajuk sebab kau tak wish "good nyte baby" macam waktu kau dan dia mula mula kapel dulu?

pernah tak dengar gf kau orang kata "awak dah lain sekarang, tak macam dulu lagik" atau ayat lain yang semaksud dengannya?


pernah tak alami bende bende macam ni? aku jamin ade je certain perempuan akan cakap macam ni kat bf dia. dan aku ni apa kurangnya. pernah je hantar macam ni. tapi ade sebab aku buat macam tuh. -.-" 

ouh,come on guys!
korang kene tahu, perempuan cakap bende bende macam ni sebab satu je. dia rasa yang kau dah tak caring lagi kat dia. thats it. senangkan reason dia? well, bila dia dah rasa macam tu, makanya dia akan develop lagi satu perasaan di mana dia akan mula rasa yang kau dah tak sayang dia macam dulu dulu, masa korang start bercinta. perempuan ni actually dia simple je. tapi cara lelaki yang membuatkan si perempuan jadi lebih kompleks dan bertambah rumit. tak gitu wahai kaum hawa?

cuba kau imbas kembali sewaktu kau mula mula nak tackle gf kau. kemain lagik kan? macam macam message kau hantar dekat dia. semua yang message yang jiwang jiwang, semua message i love you, you love me kau hantar. semua messages yg manja manja, caring caring and lentok lentok kau nak hantar. ahh, siap dedicate lagu untuk "bakal girlfriend" kau tu. yela, nak mengoratlah katekan. mestila kene bagi yang hardcore punya beb. barulah si gf ni konon konon akan cair. ye dop?

then bila kau dah dapat tackle gf kau tu dan usia hubungan korang sudah hampir mencecah setahun, everything will BE VERY DIFFERENT! dan yang si lelaki akan kata :

"tak kan semua bende nak bagitaw? macam budak budak la bb ni...!"

"mana ada b brubah..macam dulu ja?"


"jangan nak merepek lahh!"
and macam macam agi ayat yang tak tercapai dek akal si perempuan ni. bila kau start cakap macam ni, sudah tentulah kau punya gf akan cakap macam yang aku cakap kat atas tadi.

"you dah lain, you dah tak macam dulu."

"kenapa dengan you nih? ade perempuan lain ke?"

"you dah tak sayang i lagi ke?"
wahai sang adam, janganlah kau melenting tak tentu pasal hanya disebabkan ayat ayat kebudak budakkan dari kaum hawa ini. perempuan ada sebab tersendiri kenapa dia boleh bertindak macam tuh.

bagi aku, semuanya bermula dari kau tackle gf kau. kalau tak buat perangai sooooo caring kau dekat dia masa mula ,ula dulu, si perempuan tak akan ungkit bende bende macam ni. sebab perempuan sangat alert dengan perubahan. senang je, sebenarnya nak elak dari semua ni terjadi, "JUST BE YOURSELF" my dear.

contohnya, kalau kau ni sebenarnya takdelah caring sangat and bukan yang jenis suka bermadah madah pon and bukanlah romantik pon, so tak payah nak buat semua bende ni. tak perlu berpura pura. once kau buat bende tu, kau sendiri yang perangkap diri kau. listen, JUST BE YOURSELF. so for sure gf kau tak akan mengungkit pasal sikap kau waktu dulu dan sekarang. dia akan terima kau seadanya. dan kau pulak tadelah serabut dengan ayat ayat childish dari si perempuan.

well, konon konon nampak macam simple kan? tapi tak. you have to face it first then you will know. kenapa aku bilang susah? kerana ia berkaitan dengan hati.


wahai encik bakal suami akan datang, susah sangat ke kau nak faham?
p/s: aku x copy benda nie.. tadi aku baca then aku tulis je lah kan? sorry bila pnjang sngat..bnda nie xda la sepenuhnya berlaku dekat aku tapi ada sikit-2 yang buat aku tersentuh sebab hunny boo aku pun mcm berubah.. :''[




OlderNewer